Saya memang tak sempurna.



Assalamualaikum..

perangai manusia nih kadang kadang buat as jadi lagi tak boleh nak faham. menegur dengan cara yang baik kan elok. as mengaku as bukan anak mat salleh yang memang dilahirkan terus pandai untuk berbahasa atau bercakap dalam english.. motifnye baru tengok chat box ada hamba allah yang menegur dengan cara yang sangat korang sopan..

walaupun umur orang cakap malu dengan budak budak tadika sebab tak pandai english tapi sekurang kurang nya as cuba untuk menguasai bahasa asing ini. kadang kadang tersalah tulis tuh normal bagi manusia. tak salah if menulis dengan cara yang baik. tade lah hati orang lain tersentap. kan?

mengaku diri neh memang sangat lemah dalam subjek nih . tapi mencuba tuh tak salah kan?

kalau ditegur dengan cara baik mungkin teguran tuh boleh buat as makin pandai english. ye dak?

emm setiap blogger mesti akan ada pengkritik yang akan mengkritik kita kan. itu lah lumrah dunia. kepada yang menegur tuh as mohon maaf andai perkataan yang as mungkin tersilap taip dan terlepas pandang itu tak  akan menjejaskan bahasa ibunda you. walaupun as tahu u jugak seorang manusia yang dilahirkan di MALAYSIA  ini dan menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa seharian. 

as akan cuba untuk memperbaiki sebaik mungkin. beli kamus banyak banyak . baca buku english , tengok cerita orang puteh or mat salleh gitu.. takpun you boleh jadi i punya english teacher. mahu ke tidak you? ( mohon maaf andai ada yang terasa , sebab manusia neh takan hilang rasa marah atau geram bila cara peneguran yang tidak kena kan. walaupun kita cuba belagak cool tapi hati neh tetap akan rasa marah )

ingat dunai kita dah makin akhir zaman biar lah kita saling menegur bukan saling mencari salah dan mengata.
mohon ampun dan maaf yew cik kak yang menegur dan terima kasih atas nasihat dan teguran anda yang memberangsangkan. :)

No comments: