Selamat kembali ke sekolah ..

Assalamualaikum..




selamat pagi uolls. dua januari dua ribu tiga belas. hari kedua untuk tahun yang baru. buat masa sekarang perjalanan hidup as dalam 2013 masih baik dan berharap sentiasa baik sehingga hujung tahun. Amin..

pagi pagi neh as suka tengok Malaysia Hari Ini. cerita tentang kanak kanak tahun satu di KL yang baru mula sesi persekolah di sekolah rendah. Selamat Bersekolah adik adik. Belajar rajin rajin sampai berjaya yew . AMIN..

kalau di Kedah, dah masuk hari kedua untuk pelajar pelajar sekolah. mungkin masih ada ibu bapa yang masih kena tunggu di luar kelas memastikan anak diowang dalam keadaan baik dan boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru..

comel comel jew tengok budak budak tahun satu neh kan. bertudung , berbaju kurung yang masih lagi baru. beg baru . haha rasa teringin pulak nak masuk zaman sekolah . sebab boleh dapat semua benda baru. 

pejam celik pejam celik dah lima tahun as tinggaklan zaman sekolah. macam macam kenangan yang tak boleh dilupakan. semua nye manis manis nye macam gula. zaman sekolah lah yang paling seronok. zaman yang paling seronok berada disekolah.

zaman sekolah rendah dulu

banyak perkara yang as tak ingat macam mana as lalui keadaan di tahun satu. rasanya semua baik baik tak perlu mak dengan abah tunggu dekat luar kelas. yang as ingat dan paling best. disekolah as dulu kalau time hujan mesti sekolah banjir. lagi lagi dekat kelas as. air banjir masuk dalam kelas. pergi sekolah pakai selipar jew. memang seronok sambil belajar boleh main air.  hehe. 
enam tahun berada disekolah rendah. dari tahu satu sampai tahun enam. masa tahun enam as jadi pengawas pusat sumber. best sebab boleh pergi jaga dalam pusat sumber.

zaman sekolah menengah .

zaman mula meningkat dewasa. zaman kegemilangan lah orang cakap. dah naik pangkat sikit as jadi pengawas sekolah. seronok sangat bila time buat sport check. betul tak ejaan nye?  lantak lah janji korang paham kan. masa sekolah menengah jugak lah as diberi tanggungjawab untuk jadi ketua kadet polis wanita sekolah. ketua platun yang sangat garang uh. sampai anak anak buah takut lah dengan as. macam lawak lah pulak. haha.. dengan semangat dan usaha nak berjaya as dengan kawan kawan seperjuangan berusaha sebaik mungkin untuk jadikan Pasukan Kadet Polis Wanita sekolah as antara yang pertama terbaik dalam kawad kaki di sekolah.  ternyata usaha kami tak sia sia. 

zaman sekolah menegah jugak lah orang cakap baru nak gatal gatal. gedik gedik bercinta monyet lah katakan. bila teringat balik zaman bercinta monyet dulu. kelakar gile.. bercinta zaman dulu mampu bertahan sampai lima tahun oo.. lama kan dulu tak pandai lagi nak curang curang gitu. setia apada yang satu. hahah

pada adik adik yang baru melangkah ke azam persekolahan, jadikan zaman sekolah adalah zaman kita nak mula mengenal ilmu . jangan sia siakan zaman sekolah yew adik. no cinta cinta monyet tau ! good luck adik adik ku. semoga anda bakal menjadi pewaris bangsa yang berguna. Amin... =)

XOXO =D





2013



Assalamualaikum...


Satu januari dua ribu tiga belas . first day di tahun baru. semoga tahun baru membawa lembaran baru buas kita semua terutamanya diri as sendiri.
tahun lepas azam menamatkan pengajian dengan jayanya tercapai. alhamdulillah =)

Bagi tahun 2013 neh azam baru yang harus dicapai . Antaranya :
waa macam banyak kan , rasanya tak perlu nak banyak banyak sangat. takut tak tercapai dek akal pulak.

azam untuk tahun nie :

1) berusaha untuk mencari tempat untuk menyambung pengajian walaupun umur dah sepatutnya. tak kira lah walau dah seabad umur masih bawak buku pergi masuk kelas. janji berpelajaran.

2) berusaha jugak untuk mencari kerja . plan kedua andai kata tak ada rezeki untuk berjaya macam orang lain. kerja biasa pon tak apa janji halal dan boleh tampung diri sendiri.

3) berusaha menjadi hamba ALLAH yang sentiasa bersyukur dan menghargai rezeki yang diterima. no shopping shopping !

4) berusaha memeperbaiki diri dengan lebih baik di sisi ALLAH. banyak kelemahan dan peluang yang dah disia- siakan selama as bernyawa nih. 

Moga apa yang di impikan neh boleh tercapai. Amin..



Saya memang tak sempurna.



Assalamualaikum..

perangai manusia nih kadang kadang buat as jadi lagi tak boleh nak faham. menegur dengan cara yang baik kan elok. as mengaku as bukan anak mat salleh yang memang dilahirkan terus pandai untuk berbahasa atau bercakap dalam english.. motifnye baru tengok chat box ada hamba allah yang menegur dengan cara yang sangat korang sopan..

walaupun umur orang cakap malu dengan budak budak tadika sebab tak pandai english tapi sekurang kurang nya as cuba untuk menguasai bahasa asing ini. kadang kadang tersalah tulis tuh normal bagi manusia. tak salah if menulis dengan cara yang baik. tade lah hati orang lain tersentap. kan?

mengaku diri neh memang sangat lemah dalam subjek nih . tapi mencuba tuh tak salah kan?

kalau ditegur dengan cara baik mungkin teguran tuh boleh buat as makin pandai english. ye dak?

emm setiap blogger mesti akan ada pengkritik yang akan mengkritik kita kan. itu lah lumrah dunia. kepada yang menegur tuh as mohon maaf andai perkataan yang as mungkin tersilap taip dan terlepas pandang itu tak  akan menjejaskan bahasa ibunda you. walaupun as tahu u jugak seorang manusia yang dilahirkan di MALAYSIA  ini dan menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa seharian. 

as akan cuba untuk memperbaiki sebaik mungkin. beli kamus banyak banyak . baca buku english , tengok cerita orang puteh or mat salleh gitu.. takpun you boleh jadi i punya english teacher. mahu ke tidak you? ( mohon maaf andai ada yang terasa , sebab manusia neh takan hilang rasa marah atau geram bila cara peneguran yang tidak kena kan. walaupun kita cuba belagak cool tapi hati neh tetap akan rasa marah )

ingat dunai kita dah makin akhir zaman biar lah kita saling menegur bukan saling mencari salah dan mengata.
mohon ampun dan maaf yew cik kak yang menegur dan terima kasih atas nasihat dan teguran anda yang memberangsangkan. :)