| Al Fatihah ..



Assalamualaikum...




Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Izwan Pilus yang telah kembali ke rahmahtullah pada Jumaat lepas .
Dunia hiburan Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan berita kehilangan seorang lagi penghibur yang sangat berbakat.  Allahyarham meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah dan jangkitan kencing tikus yang serius.
Izwan Pilus, 32, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Ampang dekat sini beberapa jam selepas dimasukkan ke wad.



Katanya, Izwan meninggal dunia kira-kira pukul 6.15 petang.
Allahyarham yang popular dengan lagu Kembali Senyum telah dimasukkan ke hospital tersebut pada kira-kira pukul 12.30 tengah malam Jumaat selepas mengadu sesak nafas dan keadaannya semakin kritikal menjelang petang.
“Allahyarham sempat bercakap dengan saya pagi tadi (Jumaat) dan dia kata dia sihat. Tidak sangka pula lain yang berlaku. Saya amat sedih,” kata Shaiful lagi.
Jenazah Allahyarham dijangka dibawa pulang ke kampungnya di Jalan Taman Nyalas 2, Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka untuk dikebumikan pada pukul 11 pagi Sabtu.
Pada awal Disember lalu, Allahyarham bersama adiknya, penyanyi Aril yang merupakan finalis Akademi Fantasia 7, pernah dimasukkan ke Hospital Pusrawi dekat sini akibat demam panas yang berpanjangan.
Anak kedua daripada empat adik-beradik ini bagaimanapun dibenarkan keluar dari hospital sebelum sakit semula sejak dua minggu lalu.
Bersama-sama lah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Izwan Pilus..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Sumber : dari Harian Metro Online


No comments: