Assalamualaikum...
jom nak kongsi sikit masalah yang as pon alami nya..jumpa dekat blog sape ntah..masa tengah mencari info untuk entry...heheh
Tipulah kan klu takde sape yang mahu wajah mereka cantik. Masalah liang roma yang terbuka turut menjadikan muka menjadi kusam. Macam mana nak mengecilkan liang pori ini?
contoh gambar dekat bawah neh...
First
1. Selepas kita mencuci muka, liang pori di wajah kita akan terbuka untuk seketika. Lepas kita dah cuci muka, kita sapukan penyegar (toner) pada wajah menggunakan tisu muka. Pilih penyegar yang berunsurkan ’sejuk’ atau yang bertindak sebagai pengecil liang roma (pore minimizer). Kebiasaannya, penyegar yang berasaskan mentimun adalah penyegar yang terbaik.
Second
2. Pastikan anda ’scrub’ muka anda 2 atau 3 kali seminggu. Ini untuk membuang sel-sel kulit mati bagi mengelakkan ia berkumpul dan menjadi jerawat atau jeragat pada wajah kita. Pemilihan ’scrub’ juga amat penting. Pastikan anda membeli ’scrub’ muka yang mengandungi ‘micro-scrubber’ di dalam kandungan ’scrub’ tersebut kerana peranan ‘micro-scrubber’ amat penting dalam menanggalkan sel-sel kulit mati. Masa terbaik untuk melakukan ’scrub’ muka adalah pada waktu pagi selepas anda bangun dari tidur. Jadi, pada waktu ini, anda bukan mencuci muka menggunakan pencuci muka, sebaliknya menggunakan ’scrub’.
Third
3. Setelah wajah anda dibersihkan dengan ’scrub’, pakai ‘topeng’ wajah untuk bertindak sebagai pengecil liang roma setelah melakukan ’scrubbing’. Topeng wajah terbaik ialah Pond’s Pore Care. Ia bertindak sebagai pengecil liang roma yang mempunyai ekstrak hazel dan pelembab. Ia juga bertindak sebagai pencuci muka dan juga ‘mask’. Pakai selama 8 minit dan kemudian bilas. Setelah pemakaian produk ini, anda akan merasakan kulit anda lebih halus dan liang roma lebih kecil.
Fourth
4. Amalkan secara berdisiplin. Contohnya, cuci muka pada setiap pagi dan malam, sapukan penyegar selepas setiap kali mencuci muka, ’scrub’ muka setiap pagi Selasa dan Jumaat. Jika ada masa, selepas ’scrubbing’, terus pakaikan ‘mask’ muka atau anda juga boleh pakai pada waktu malam, sebelum tidur.
nota penampar :
Untuk menjadikan kulit kita sentiasa bersih, elakkan tangan kita memegang atau menyentuh muka. Hal ini kerana, banyak kuman yang terdapat di tapak tangan terutamanya kita melakukan sebarang aktiviti luar.
oke tuh jew...bubye..
No comments:
Post a Comment