Pesanan untuk my future husband !

Assalamualaikum... 

pesanan ini dibuat khas buat my future husband dan bakal bakal suami diluar sana.. 

to my future husband .. 

saya harap awak boleh tunaikan segala kewajipan yang dituntut.. pesanan ini lebih kurang perpatah atau nasihat yang saya nak awak paham dan selaminya..


Sentiasa ingatkan diri, betulkan pandangan terhadap isteri. Jangan pandang isteri dengan pandangan mata yang kering.. atau pandangan akal yang gersang..jauh sekali dengan pandangan nafsu yang melulu..
Pandanglah isteri dengan pandangan hati.. kerana hati itulah yang memberi makna kepada pasangan hidup kita..
Walaupun kita sudah dimamah usia .. dialah separuh hidup kita..Sepatuh yang manis dalam hidup kita.. Adanya isteri dan suami, maka sempurnalah sifat seorang insan.. Bayangkan adam di syurga.. segala galanya sudah cukup sempurna.. tetapi tetap terasa kurang dirinya kerana tiada pasangan..
Hargailah kasih sayang suami dan isteri.. Pandanglah dengan pandangan hati.. kerana ia pandangan yang hakiki..

Neh ikhlas dari hati tau...

selama kita berkenalan neh..awak dah banyak ubah hidup saya ..dah banyak bagi semangat untuk saya kembali macam dulu.. dah banyak bagi semangat untuk saya berjaya... dan yang penting awak banyak membahagiakan saya.. menceriakan hari hari saya dengan gelagat awak yang ntah pape tuh..
walaupun kadang kadang ade benda yang buat kita gadoh itu semua lumrah dalam bercinta kan sayang? awak pon pernah cakap kalau tak gaduh gaduh neh tak best lah.. ehhhe awak suka kan kalau saya marah awak.. buat lah selalu nanti lama lama future wife awak neh bertukar jadi singa... baru tahu..

Awak...

selama hampir tiga tahun kita kenal ... banyak benda dah yang berubah.. diri saya family saya... semuanya lain.. mungkin awak yang buatkan saya berani untuk hadapi semua dugaan neh... saya tak sangka saya boleh jadi seorang yang sangat sabar dengan dugaan hidup.. terima kasih yang tak terhingga kerana allah dah kurniakan saya seorang lelaki yang boleh membimbing saya.. yang boleh menjaga saya ..yang sentiasa ada dengan saya walau saya dalam keadaan susah dan senang..
terima kasih jugak kerana sentiasa sabar dengan karenah saya yang kadang kadang cemburu yang tabole dibendung... memg lah dah jadi future husband.. haruslah cemburu kan !.
ehehhe tapi awak jangan isaw perangai tuh dah semakin saya cuba kurangkan...
terima kasih awak.. terima kasih sangat sangat...


p/s : saya inginkan lelaki yang boleh membimbing saya menuju ke syurga Allah s.w.t.. Amin....


No comments: