Entry Wajib Baca | Jampi guna SMS.


  • Assalamualaikum...

Pagi yang rajin membelek paper Berita Harian.. Terpandang cerita menarik yang rasa rasa wajib untuk diketahui umum...

Jampi guna SMS...
 hiiihh dengar pon dan gerun kan... zaman sekarang manusia dah boleh buat apa saja asalkan diri puas hati dan dendam dalam hati dah terbalas..
Ilmu hitam, santau, pukau dan yang seangkatan dengan nya dah semakin popular dalam masyarakat Melayu mahupun bangsa lain.. Zaman sekarang dah tak selamat macam dulu.. Semua benda dah boleh dijadikan alat untuk membalas dendam atau menganiaya orang yang tak disukai..

Sihir?

Ada pelbagai jenis sihir dalam masyarakat kita pada zaman sekarang neh, antaranya termasuk lah pukau yang bukan saja perbuatan haram dan salah dalam agama Islam tetapi juga jugak syirik. Ilmu pukau ini kebanyakkan nya menggunakan perantara orang ketiga iaitu jin yang juga memainkan peranan utama untuk "mengenakan" seseorang.

Mangsa warga Afrika.

Dalam satu kes pukau menggunakan FACEBOOK, seuah keluarga telah mengadu mengenai anak gadisnya yang juga pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) lari mengikut teman lelakinya yang hanya dikenali melalui laman sosial "FACEBOOK".

Sehingga hari ini pelajar IPT itu masih belum dapat dikesan walaupun pelbagai usaha telah dilakukan.

Jampi SMS, asap rokok.

Penggunaan bahasa dan gambar boleh dijadikan sebagai bahan untuk memukau apabila menggunakan jampi serapah yang di baca oleh pihak bersekongkol dengan jin dan syaitan.

"Biarlah dikatakan kita SOMBONG supaya tidak terjerat dengan perkara tidak elok "

Pukau boleh berlaku melalui kaedah seperti hembusan asap rokok, renungan mata, perbualan, minuman, telefon (percakapan dan Sistem Pesanan Ringkas) SMS, bersalaman dan menepuk belakang serta membuang najis dan pakaian buruk dihadapan rumah.

Pendinding daripada pukau.

Antara petanda individu dipukau termasuklah hilang arah pedoman, ikut kata dan kehendak individu yang memukau, berlaku perubahan seperti tiba-tiba tidak mahu memakai tudung.

Kaedah yang selalu digunakan untuk memukau SESEORANG .

- Gambar bersaiz penuh di laman sosial
- Hembusan asap rokok
- Renungan mata
- Jampi SMS
- Tepuk bahu
- Salam
- Buang najis dan pakaian buruk di hadapan rumah.

Untuk ' pendinding diri ' amalkan membaca ayat suci Al-Quran termasuklah sentiasa amalkan surah Hud (ayat 57) setiap kali selepas solat fardhu, surah Taha ( ayat 69), ayat Qursi dan surah tiga Qul.

p/s : " Jangan layan orang yang tidak dikenali lebih dari 5 saat kerana dalam tempoh sekejap itu seseorang itu boleh dipukau. Selain itu, setiap kali keluar dari rumah jangan lupa baca doa sewajarnya dan sentiasa menjaga solat fardhu sebagai perisai mukmin.
"Kalau boleh sentiasa dalam keadaan berwuduk kerana iblis tidak boleh menembusinya."

Sekian dulu yew.. Besok sambung lain.. :P

No comments: