♥ just nak story n kongsi ♥

Risau Kerana Kowg Masih Single Sedangkan Kawan-Kawan Kowg Sudah Mempunyai Teman Lelaki?

( tp saye da berpunye,heheh,,just nak kongsi dgn kowg jew ape yg saye tawu )


Kenapa Wanita Lain Sudah Mempunyai Teman Lelaki... Dan Awak Masih Single?


Salam buat sume,

Cuba kowg lihat di sekeliling kowg sekarang, dan perhatikan wanita-wanita lain. Kowg akan lihat wanita-wanita lain yang rata-ratanya tidaklah menarik, sudah lanjut usia, taklah cantik sangat, tak berpelajaran dan agak tidak berjaya. Jauh bezanya dengan diri kowg yang lebih menarik, muda, cantik, berpelajaran dan berjaya. Namun, sebahagian daripada mereka mempunyai lelaki yang sudi menemani mereka seumur hidup!

Mungkin kowg rase mereka ini tidak menarik di mata lelaki tetapi hakikatnya mereka sudah mempunyai teman lelaki malah berkahwin! Kenapa mereka mempunyai seorang lelaki yang sanggup berkorban segalanya sedangkan kowg masih lagi keseorangan tanpa teman?

Kenapa Kowg Masih Keseorangan Tanpa Teman?

Rasanya saya bukanlah orang yang pertama mengajukan soalan di atas kepada kowg. Betul tak? Mungkin kowg da buhsan dan sering gelisah apabila kawan-kawan atau ahli keluarga asyik mengajukan soalan-soalan seperti berikut:

  • "Bila awak nak cari teman lelaki?"
  • "Bila awak nak kahwin?"
  • "Awak bila nak tamatkan zaman bujang?"

dan sebagainya.

Saya faham... kowg bukan tak mahu kahwin ataupun mencari teman lelaki. Kalau ikutkan hati, sekarang jugak nak bercinta atau melangsungkan perkahwinan bersama si dia yang tersayang tetapi apakan daya kerana dunia ini seolah-olah tidak adil.

Selama ini setiap lelaki yang duduk di sebelah kowg hanya memandang kowg sekali, bangun, dan beredar begitu sahaja! Kenapa ini terjadi kepada kowg? Adakah kowg ditakdirkan hidup keseorangan? Adakah kowg tidak mempunyai nasib sebaik wanita-wanita lain?

Tak la! Kowg tak dapat teman lelaki ataupun suami coz kowg tak mencari cinta tersebut!

Cinta Sejati Takan Datang Bergolek...

Betul tu dan saya tidak punyai sebab untuk menipu kowg. Kowg sebenarnya berhak mendapat mana-mana lelaki yang kowg inginkan sepertimana wanita-wanita memperolehinya. (cewah pndai nye aku ) Yew, sape jew lelaki di dunia ini, kowg berhak untuk menjadi teman wanita atau isterinya! Namun, dengan satu syarat iaitu kowg perlu mencari cinta sejati tersebut.

Mencari teman lelaki untuk dijadikan suami merupakan satu pengembaraan yang sangat mencabar. Bnde neh bukannye boleh dilakukan dengan sambil lewa tetapi perlu dilakukan dengan serius. Ramai wanita yang tersilap memilih pasangan dan akhirnya perhubungan mereka di akhiri dengan perpisahan.

Fakta yang kowg perlu tahu...

Baiklah saya akan dedahkan beberapa fakta yang akan buat awak terkejut. Kita mulakan sekarang... ( asenye tak trkejut kot )

  • Kejayaan sesuatu percintaan hingga ke jinjang pelamin adalah faktor kekuatan mental dan bukannya fizikal.

  • Kowg tidak perlu bazirkan emosi kowg kepada seseorang lelaki sehingga kowg tahu dialah lelaki ideal bakal suami kowg.

  • Di dalam dunia sekarang lebih ramai wanita yang tidak berkahwin berbanding lelaki!

  • Untuk berjaya di dalam percintaan, wanita perlu mengetahui kekuatan dirinya dan menggunakannya untuk memikat lelaki.

  • Lelaki ideal kowg adalah satu dalam seratus ataupun mungkin satu dalam seribu! Jadi, kowg perlu bertemu dengan banyak lelaki sehingga kowg benar-benar menjumpai lelaki idaman kowg.

  • Saiz badan dan fesyen pakaian kowg tidak menarik perhatian lelaki tetapi sebaliknya bagaimana kowg mengetengahkan penampilan diri dan pakaian kowg. Itulah yang menarik perhatian lelaki.

  • Jangan bercinta dengan lelaki kerana kowg rasa bersimpati dengannya!!!

  • Minda kowg adalah aset yang terbaik.


No comments: